Blind Shaft
BLIND SHAFT
penulis - Li Yang
Pengarah - Li Yang
Sinematografi - Yonghong Liu
Aktor - Qiang Li, Baoqiang Wang, Shuangbao Wang
Terbitan - China
Tahun 2004
Ditulis oleh - Dr. Anuar Nor Arai
Blind Shaft adalah paparan politik dan kemanusiaan dalam politik kontemporari China yang tidak adil terhadap kaum pekerja golongan bawahan. Li Yang mendedahkan keadaan ini secara langsung dan mengajak kita berkongsi "in a certain silence" terhadap penderitaan golongan ini. Walaupun keadaan yang benar yang cuba disampaikan oleh Li Yang dengan "the rightful way" terasa bahawa yang menyelinap pada keseluruhan filem ini ialah psiki takut pada kebenaran. Kebenaran seolah-olah tersembunyi kerana kebenaran dianggap terlalu kecil oleh seluruh persekitaran sistem sosial dan politik yang membalut kehidupan golongan bawahan ini. Li Yang cuba mendedah dan mengangkat konspirasi pembohongan sebagai alat yang menghalang pendedahan. Bahawa kebenaran (truth) tidak dibenarkan mengalir keluar dari bumi China yang sedang berdepan dengan cita-cita memperkukuh ekonomi di peringkat global. Bahawa kebenaran yang cuba berada dalam jiwa sosial dan politik tanah besar China ialah kebenaran untuk berdepan dengan kemiskinan dan penipuan dan pembohongan yang dilakukan di semua peringkat - di kalangan birokrat, pemodal dan penduduk - adalah untuk menyelamatkan maruah negara dengan democratic socialism pada imej New China.
Li Yang mengemukakan dilema New China dalam perubahan world view New China. Lombong arang batu di sebuah wilayah terpencil di China yang digambarkan dalam Blind Shaft adalah contoh konkrit yang menyeluruh mengenai gaya pengurusan hidup rakyat dalam sistem socialism and economic democracy yang tidak berubah dan bertambah buruk. Li Yang mengemukakan dengan berani amalan sensorship yang ketat, ugutan keras pemilik-pemilik lombong terhadap kaum buruh, pembohongan dan penipuan birokrasi kerajaan tempatan, korupsi secara terbuka, pengangguran, penafian ganti rugi nyawa (death compensation), penggajiaan buruh yang rendah, peningkatan maut dalam lombong, pembunuhan, kad pengenalan, kos pendidikan yang bertambah tinggi - adalah kisah tersembunyi yang didedahkan mengenai New China yang berada di persimpangan pembaruan. Dua dialog penting dari watak Li Yang ialah "Regulation is not without a fart", dan "China has a shortage of everything but people."
Blind Shaft membuka mata terhadap keadaan politik tanah besar China. Tayangan Blind Shaft yang disempurnakan oleh kerjasama Kaki Kino, Atma dan FINAS pada April, 5 2006 di Finas adalah terpuji kerana filem besar yang telah banyak menerima banyak anugerah antarabangsa ini sudah tentu memberi panduan kepada pembikin-pembikin filem dan pencinta filem Malaysia untuk mengenal diri dan persekitarannya dan seterusnya mengukur Wajah Kita, Filem Kita yang ada sekarang ini.
Shah Alam
18 Mei 2006